Menu

Dark Mode
CHERRYPOP 2025 RESMI MERILIS LINEUP FASE PERTAMA Jay B Berencana Menggelar Konser Bertajuk Tape: Re Load KONSERT RAISA PENUH MEMUKAU! Penyanyi & Penulis Lirik Jelita Indonesia Hiburkan Ribuan Peminat Di- Konsert Anjuran Kharisma Music ‘KONSERT RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ Kharisma Music Persembahkan Penyanyi Anggun Jelita Dari Indonesia Dalam Sebuah Konsert ‘Teristimewa’ November Ini Synchronize Fest 2024 Merayakan Kebersamaan Atas Nama Musik Indonesia BRING ME THE HORIZON PREPARES TO TAKE OVER SUNWAY LAGOON FEATURING BABYMETAL!

News

KONSERT RAISA PENUH MEMUKAU! Penyanyi & Penulis Lirik Jelita Indonesia Hiburkan Ribuan Peminat Di- Konsert Anjuran Kharisma Music

badge-check


					KONSERT RAISA PENUH MEMUKAU! Penyanyi & Penulis Lirik Jelita Indonesia Hiburkan Ribuan Peminat Di- Konsert Anjuran Kharisma Music Perbesar

KUALA LUMPUR, 4 November 2024 – Bertempat di Megastar Arena, KL, konsert yang amat dinanti-nantikan dalam kalendar muzik Malaysia, “Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur”
telah pun melabuhkan tirainya pada malam tadi. Dengan persembahan yang memukau dan penuh emosi, Raisa, penyanyi dan penulis lirik jelita asal Indonesia berjaya menghiburkan
ribuan peminat yang hadir di konsertnya anjuran syarikat penganjur terkemuka tanah air, Kharisma Music Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kharisma Music, En. Ahmad Jeffny, “Kami amat berbesar hati dapat membawa Raisa kembali ke Kuala Lumpur pada malam ini. Konsert
ini bertujuan memberikan pengalaman yang unik dan berharga buat peminat Raisa, dan terima kasih untuk setiap penonton yang hadir memeriahkan acara malam ini.

Raisa memecah panggung dengan persembahan hampir 20 buah lagu kesemuanya, termasukk lagu-lagu hits seperti “Serba Salah”, “Pergilah”, “Teristimewa”, “Jatuh Hati”, “Bahasa Kalbu”,“Could It Be”, “Mantan Terindah”, “Kali Kedua”, dan banyak lagi.

“Sesungguhnya kalian adalah ‘teristimewa’ dalam hidup saya dan terima kasih kerana hadir menyokong saya pada malam ini. Konsert ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya, kerana saya sendiri terlibat secara langsung dalam setiap aspek persiapannya,” kongsi Raisa dalam nada teruja.
Persembahan yang memakan masa selama 2 jam lebih itu turut mendapat sokongan daripada pemuzik profesional yang dibawa khas dari Indonesia menambah lagi kehebatan persembahan Raisa, menghasilkan suasana yang bertenaga dan begitu mengasyikkan.
Dengan latar belakang audio-visual yang memukau dan reka bentuk pentas yang kreatif, konsert ini berjaya mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi semua penonton.

Selain itu, konsert malam tadi turut diserikan dengan kehadiran 2 penyanyi hebat Malaysia, Ernie Zakri dan Hael Husaini yang berjaya menggamatkan lagi suasana pada malam konsert.
“Terima kasih buat Ernie Zakri dan Hael Husaini kerana sudi bersama-sama saya dalam konsert istimewa ini, sesungguhnya saya mengagumi personaliti kedua-dua penyanyi ini,”
tambah Raisa.

Konsert ini juga memberikan peluang istimewa kepada peminat untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’ bagi pemegang tiket VVIP. Ulas En. Ahmad Jeffny lagi, “Dengan kejayaan konsert ini, Kharisma Music terus komited untuk menyajikan pengalaman muzik yang luar biasa kepada penonton di Malaysia. “Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, kesemua tenaga kerja, serta rakan-rakan penganjur seperti Garuda Indonesia, Alha Alfa, Intan Gelombang, Futurace, ERA FM, Sinar FM, dan Astro Gempak kerana menjadikan malam ini sebagai sebuah kenangan indah yang akan terpahat di ingatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read More

CHERRYPOP 2025 RESMI MERILIS LINEUP FASE PERTAMA

25 April 2025 - 15:54 WIB

Jay B Berencana Menggelar Konser Bertajuk Tape: Re Load

7 March 2025 - 17:19 WIB

‘KONSERT RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ Kharisma Music Persembahkan Penyanyi Anggun Jelita Dari Indonesia Dalam Sebuah Konsert ‘Teristimewa’ November Ini

30 October 2024 - 16:18 WIB

Synchronize Fest 2024 Merayakan Kebersamaan Atas Nama Musik Indonesia

2 September 2024 - 18:58 WIB

BRING ME THE HORIZON PREPARES TO TAKE OVER SUNWAY LAGOON FEATURING BABYMETAL!

13 August 2024 - 14:14 WIB

Trending on Headline