Menu

Dark Mode
CHERRYPOP 2025 RESMI MERILIS LINEUP FASE PERTAMA Jay B Berencana Menggelar Konser Bertajuk Tape: Re Load KONSERT RAISA PENUH MEMUKAU! Penyanyi & Penulis Lirik Jelita Indonesia Hiburkan Ribuan Peminat Di- Konsert Anjuran Kharisma Music ‘KONSERT RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ Kharisma Music Persembahkan Penyanyi Anggun Jelita Dari Indonesia Dalam Sebuah Konsert ‘Teristimewa’ November Ini Synchronize Fest 2024 Merayakan Kebersamaan Atas Nama Musik Indonesia BRING ME THE HORIZON PREPARES TO TAKE OVER SUNWAY LAGOON FEATURING BABYMETAL!

News

‘KONSERT RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ Kharisma Music Persembahkan Penyanyi Anggun Jelita Dari Indonesia Dalam Sebuah Konsert ‘Teristimewa’ November Ini

badge-check


					‘KONSERT RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’  Kharisma Music Persembahkan Penyanyi Anggun Jelita Dari Indonesia Dalam Sebuah Konsert ‘Teristimewa’ November Ini Perbesar

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2024 – Kharisma Music, syarikat penganjur konsert terkenal, dengan bangganya mengumumkan konsert paling ditunggu-tunggu, ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ pada 3 November 2024 ini bertempat di Megastar Arena, KL, bermula jam 8:00 malam.

En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, menyatakan, “Kami sangat teruja dengan kehadiran Raisa di Kuala Lumpur pada hari ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik yang hebat, tetapi juga peluang untuk merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.

Menurut Raisa, “Ini konsert yang benar-benar ‘teristimewa’ buat saya dan anda semua. Segala persediaan dilakukan secara langsung oleh saya sendiri bersama pasukan, dan ia pasti berbeza dari konsert-konsert sebelumnya di KL!

Raisa, yang dikenali menerusi single pertamanya ‘Serba Salah’ dari album sulungnya pada 2011, telah meraih pelbagai anugerah termasuk ‘Artis Baru Terbaik di Anugerah Musik Indonesia ke-15, dengan vokal yang mengagumkan, Raisa terus memikat hati jutaan peminat di seluruh rantau Asia.

Konsert kali ini adalah sebahagian daripada jelajah muzik Raisa yang sangat dinanti-nantikan, di mana beliau akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Kali Kedua’, ‘Jatuh Hati’ dan ‘Mantan Terindah’. Penonton akan disajikan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, termasuk persembahan melebihi 20 buah lagu dan kerjasama dengan iringan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Konsert ini dijadualkan berlangsung lebih dari 2 jam, lengkap dengan reka bentuk pentas yang menarik serta kesan audio visual yang ‘teristimewa’. Pembeli tiket VVIP dan VIP juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’.

“Ini adalah peluang luar biasa bagi semua peminat Raisa untuk menyaksikan sendiri persembahan teristimewa’ yang pasti akan mencipta memori indah yang tidak terlupakan, serta dapatkan tiket-tiket konsert dengan segera sebelum kehabisan, dan jangan lupa nantikan hiburan seterusnya dari Kharisma Music,” tambah En. Ahmad Jeffny.

“Terima kasih buat syarikat penerbangan Garuda Indonesia kerana menaja penerbangan, termasuk rakan penaja lain Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace, serta rakan radio rasmi, ERA bersama-sama rakan media rasmi, Gempak.com.

Untuk makluman, tiket-tiket ke konsert ‘RAISA TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ sudah pun mula dijual pada 9 September 2024 lalu di laman web ticket2u.com.my/raisa dan hanya berbaki sedikit sahaja lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read More

CHERRYPOP 2025 RESMI MERILIS LINEUP FASE PERTAMA

25 April 2025 - 15:54 WIB

Jay B Berencana Menggelar Konser Bertajuk Tape: Re Load

7 March 2025 - 17:19 WIB

KONSERT RAISA PENUH MEMUKAU! Penyanyi & Penulis Lirik Jelita Indonesia Hiburkan Ribuan Peminat Di- Konsert Anjuran Kharisma Music

5 November 2024 - 17:47 WIB

Synchronize Fest 2024 Merayakan Kebersamaan Atas Nama Musik Indonesia

2 September 2024 - 18:58 WIB

BRING ME THE HORIZON PREPARES TO TAKE OVER SUNWAY LAGOON FEATURING BABYMETAL!

13 August 2024 - 14:14 WIB

Trending on Headline